Fédération Internationale de Gymnastique

Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (Bahasa Perancis: [Fédération Internationale de Gymnastique] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan); singkatan: FIG) adalah satu badan pentadbir bagi sukan gimnastik. Beribu pejabat di Lausanne, Switzerland, ia telah ditubuhkan pada 23 Julai 1881 di Liège, Belgium; menjadikannya pertubuhan sukan antarabangsa tertua yang masih wujud di dunia.[1] Pada asalnya ia dikenali sebagai Persekutuan Gimnastik Eropah dan mempunyai tiga negara anggota – Belgium, Perancis dan Belanda – sehingga 1921, apabila negara–negara bukan Eropah telah diterima masuk dan nama semasa digunakan sehingga sekarang.[2]Badan ini menetapkan peraturan yang dikenali sebagai Kod Mata, yang mengawal atur bagaimana persembahan ahli gimnastik dibuat. Tujuk disiplin gimnastik ditadbir oleh FIG – gimnastik artistik yang dikelaskan lagi kepada gimnastik artistik lelaki (MAG) dan perempuan (WAG), gimnastik berirama (RG), gimnastik aerobik (AER), gimnastik akrobatik (ACRO), trampolin (TRA) dan junam gulung (TUM).